KERAJAAN Pulau Pinang sedia berdepan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Mahkamah bagi menyelesaikan polimik berkaitancaj air mentah.
Memetik laporan Bernama, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.
Beliau berkata Sungai Muda bukan milik eksklusif Kedah sebaliknya sebahagian sungai itu adalah ‘milik’ Pulau Pinang.
Justeru tegasnya Menteri Sanusi tidak mempunyai asas untuk menuntut pembayaran daripada Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda.
"Kami bersedia berjumpa dengan Menteri Besar Kedah di mahkamah sekiranya pihak tersebut ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap isu caj air mentah yang dibangkitkan sebelum ini," tegasnya dalam kenyataan.
Katanya fakta bahawa Sungai Muda mengalir melalui Pulau Pinang didokumentasikan dalam Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) dan termaktub sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.
Sanusi sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah.
![]() |
Akan pertahan hak riparian sumber air |
0 Comments