ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) bimbang sekiranya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bakal terkubur berikutan pengisytiharan darurat oleh kerajaan.
Ketuanya Akmal Nasir melalui satu kenyataan berkata, pelaksanaan RMK12 yang sepatutnya dibentangkan bulan ini mungkin tidak dibuat berikutan Parlimen tidak bersidang susulan pengumuman darurat.
“Melihat kepada kenyataan perdana menteri (Muhyiddin Yassin) terkait hal darurat bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang, ini akan menimbulkan persoalan berkenaan pembentangan RMK12 serta sejauh mana hala tuju perancangan ekonomi mampan dapat direncanakan oleh kerajaan.
“Tempoh darurat ini sudah pastinya pembentangan RMK12 akan sekali lagi ditangguh.
"Ini akan memberi suatu cerminan kepada rakyat serta pelabur luar bahawa tiada suatu perancangan sistematik dan tuntas dalam mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang sepatutnya,” katanya.
Akmal yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru turut menegaskan, kecelaruan dan kelemahan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar memberi implikasi buruk kepada negara untuk jangka sederhana dan panjang.
“Pembentangan ini amat penting dan menjadi tumpuan utama yang perlu diberi penekanan oleh negara.
“Pembangunan ekonomi tidak lagi boleh dilaksanakan sebagaimana biasa jika ekonomi Malaysia ingin dilihat berdaya saing dan inklusif dalam tempoh lima tahun lagi yang sudah pastinya sangat kritikal. Suatu rencana ekonomi yang utuh perlu dibentangkan segera di Parlimen melalui RMK12,” katanya lagi.
Untuk rekod, RMK12 yang sepatutnya dibentangkan 6 Ogos lalu, ia kemudian ditunda kepada Jan 2021 dengan alasan bago dikaji semula susulan kesan ekonomi akibat penularan Covid-19.
Bagaimanapun, ia dipercayai akan ditunda sekali lagi ekoran langkah kerajaan mengumumkan darurat hingga 1 Ogos ini.
“Tatkala pelabur sudah mula melihat negara jiran sebagai pilihan untuk mengembangkan perniagaan mereka, kini Malaysia sekali lagi berhadapan dengan kemungkinan terkuburnya Rancangan Malaysia (RMK12) yang perlu dibentang pada Jan ini,” tegas Akmal.
Ketuanya Akmal Nasir melalui satu kenyataan berkata, pelaksanaan RMK12 yang sepatutnya dibentangkan bulan ini mungkin tidak dibuat berikutan Parlimen tidak bersidang susulan pengumuman darurat.
“Melihat kepada kenyataan perdana menteri (Muhyiddin Yassin) terkait hal darurat bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang, ini akan menimbulkan persoalan berkenaan pembentangan RMK12 serta sejauh mana hala tuju perancangan ekonomi mampan dapat direncanakan oleh kerajaan.
“Tempoh darurat ini sudah pastinya pembentangan RMK12 akan sekali lagi ditangguh.
"Ini akan memberi suatu cerminan kepada rakyat serta pelabur luar bahawa tiada suatu perancangan sistematik dan tuntas dalam mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang sepatutnya,” katanya.
Akmal yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru turut menegaskan, kecelaruan dan kelemahan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar memberi implikasi buruk kepada negara untuk jangka sederhana dan panjang.
“Pembentangan ini amat penting dan menjadi tumpuan utama yang perlu diberi penekanan oleh negara.
“Pembangunan ekonomi tidak lagi boleh dilaksanakan sebagaimana biasa jika ekonomi Malaysia ingin dilihat berdaya saing dan inklusif dalam tempoh lima tahun lagi yang sudah pastinya sangat kritikal. Suatu rencana ekonomi yang utuh perlu dibentangkan segera di Parlimen melalui RMK12,” katanya lagi.
Untuk rekod, RMK12 yang sepatutnya dibentangkan 6 Ogos lalu, ia kemudian ditunda kepada Jan 2021 dengan alasan bago dikaji semula susulan kesan ekonomi akibat penularan Covid-19.
Bagaimanapun, ia dipercayai akan ditunda sekali lagi ekoran langkah kerajaan mengumumkan darurat hingga 1 Ogos ini.
![]() |
Pembentangan RMK12 penting, kata Akmal |
0 Comments