Dr M cuba pesong fakta, cari talian hayat - ADUN Perak

 

 

SEORANG pemimpin KEADILAN Perak berpandangan bahawa keterbukaan Tun Dr Mahathir untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan sebenarnya langkah terdesak.

Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang merupakan ADUN Hulu Kinta dipetik laporan Malaysiakini berkata, ia bagi menyelamatkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan bekas Pengerusi Bersatu itu.

Arafat turut membidas kenyataan Dr Mahathir bahawa tindakan untuk mensisihkanya dari gabungan itu akan menyebabkan HARAPAN kehilangan undi dari kalangan orang melayu.

"Apa yang dikata olehnya (Mahathir) tidak tepat. Dia bukan faktor HARAPAN meraih sokongan Melayu pada PRU ke-14 lalu.

"HARAPAN meraih sokongan Melayu pada PRU yang lalu kerana rakyat bosan dan marah dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan terdahulu.

"Mahathir cuba memesongkan faktanya dan cuba mencari talian hayat untuk menyelamatkan Pejuang dan anaknya yang makin tenggelam," katanya kepada portal itu.
 
Ketua Penerangan KEADILAN Perak itu turut memberi contoh apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil Semenyih dan Tanjung Piai sebelum ini yang menyaksikan parti pimpinan Dr Mahathir itu kalah.

"Kerusi Semenyih dan Tanjung Piai memang dimenangi HARAPAN pada 2018.

"Kalau benar Mahathir mempunyai sokongan Melayu, kenapa parti dia (Bersatu) kalah di pilihan raya kecil Semenyih dan Tanjung Piai? Mengapa calon disokong Pejuang kalah di Slim?" soalnya.

  Arafat sangkal kenyataan Dr Mahathir
Arafat turut  menegaskan bahawa penglibatan sekali lagi Dr Mahathir dibimbangi akan menyebabkan gabungan itu hilang undi dikalangan bukan Melayu.  

Sementara beliau turut mengingatkan Dr Mahathir supaya menyedari bahawa hasil kerjasama dengan HARAPAN dan tokoh reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuka ruang untuk bekas parti dipimpinnya sebelum ini memenangi beberapa kerusi dalam PRU berkenaan.




Post a Comment

0 Comments