Covid-19: Kadar Rt di T'ganu tinggi, lebih 1000 kes baru di S'gor

 


TERENGGANU mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat semalam.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Melaka berada di kedua tertinggi pada 1.28.

Kadar kebolehjangkitan itu diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09) .

Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0.

Dr Noor Hisham turut memberitahu, Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.04.

Sementara itu, Sebanyak 3,585 kes baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia sebanyak 190,434 kes.

Dr Noor Hisham melalui kenyataan media hari ini memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 40,574 kes.

Seramai 280 pesakit dirawat di ICU dengan 111 memerlukan bantuan pernafasan.

 Malaysia catat 700 kematian akibat Covid-19


11 kematian direkod menjadikan jumlah korban terkumpul seramai 700 kes.


Selangor mencatat jangkitan tertinggi dengan 1,295 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 610 kes dan Johor sebanyak 516 kes.

Post a Comment

0 Comments