Covid-19: Pulau Pinang batal Majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri


KERAJAAN
Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk membatalkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri yang dijadualkan akan berlangsung pada 13 Feb depan.

Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang Teh Lai Heng sambil menjelaskan bahawa pembatalan itu dibuat berikutan ketidaktentuan situasi semasa akibat penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

"Kerajaan Negeri juga ingin memaklumkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta pemimpin masyarakat untuk mematuhi prosedur standard operasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara agar tidak menganjurkan sebarang Majlis Rumah Terbuka atau majlis keraian yang melibatkan perhimpunan awam walaupun secara kecil-kecilan," menurutnya dalam kenyataan.

Lai Heng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar walau bagaimanapun berkata, penganjuran Sambutan Tahun Baharu Cina (Miao Hui) 2021 yang dirancang secara maya bermula 12 Februari akan diteruskan seperti yang telah dirancang.

"Sepanjang tempoh tersebut, tiada penganjuran acara secara fizikal namun orang ramai masih boleh merasai pengalaman baru ini menerusi platform online.
 
Untuk rekod, setakat Isnin, sebanyak 7,275 kes Covid-19 telah dilaporkan di Pulau Pinang dengan melibatkan 11 kes kematian.

110 kes baharu juga telah dilaporkan di negeri itu pada Isnin.

Pulau Pinang antara negeri yang memainkan peranan proaktif membendung penularan wabak itu, Kerajaan Negeri telah mengumumkan beberapa pakej bantuan untuk rakyat Pulau Pinang yang terjejas dengan pendemik tersebut.

 Sebagai usaha tangani penularan Covid-19
Baru-baru ini, Pulau Pinang meluluskan sekali lagi pakej kewangan bernilai RM20 juta bertujuan memberi kelegaan kepada kumpulan sasaran yang terjejas oleh pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Post a Comment

0 Comments