PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin sekali lagi dikritik berhubung isu moratorium pinjaman sewa beli kenderaan.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, syarat baru moratorium itu mempunyai pelbagai syarat yang dianggap akan merumitkan peminjam.
Tegasnya, ia tidak membantu rakyat yang masih terhimpit dengan kesan wabak Covid-19.
"Saya dapati moratorium pinjaman sewa beli kenderaan ini datang bersama kos yang lebih besar dan menambah beban rakyat.
"Pelbagai syarat yang dikenakan juga terus merumitkan keadaan, dan ini tidak membantu rakyat di bawah yang saat ini masih terhimpit dengan dampak wabak Covid-19.
"Sebagai kerajaan yang kononnya peduli dan prihatin terhadap nasib rakyat susah, adalah tidak wajar perkara sebegini dipandang enteng dan diambil mudah," tegas Anwar tanpa memperincikan kerumitan yang dimaksudkannya itu.
![]() |
K'jaan gagal ringankan beban rakyat |
Sebagai rekod, ramai Ahli Parlimen membangkitkan isu mengenai moratorium pada perbahasan Belanjawan 2021 lalu.
Kerajaan pada awalnya dikritik kerana enggan melanjutkan tempoh moratorium yang berakhir pada 30 September lalu.
Desakan kuat dari Ahli Parlimen akhirnya memaksa kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh tersebut, namun hanya kepada golongan B40 dan M40 dengan mereka perlu membuat permohonan bagi mendapatkan lanjutan masa itu .
0 Comments