TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak akan menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.
ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing berkata, KEADILAN Perak telah memutuskan perkara itu melalui satu mesyuarat yang diadakan.
"Kedudukan kami adalah, jika usul itu dibahaskan dalam DUN, kami tidak akan menyokong usul itu, kami tidak akan menyokongnya (Ahmad Faizal).
"Ini adalah usul yang dibawa oleh wakil rakyat kerajaan. (Kami tidak tahu) jika ada agenda tersembunyi di belakangnya, misalnya untuk menunjukkan sokongan atau sebaliknya, kamu harus tanyanya (Abdul Manaf)," katanya dipetik.
Media sebelum ini melaporkan bahawa usul undi percaya itu dibawakan Adun Pengakalan Baharu daripada Umno, Abdul Manaf Hashim.
Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini menyifatkan usul terhadap Menteri Besar dari Bersatu itu sebagai perang terbuka di antara Umno dan Bersatu di Perak.
Difahamkan, Speaker DUN Perak, Mohammad Zahir Abdul Khalid menerima usul tersebut untuk dibentang dan dibahaskan pada Persidangan DUN selama lima hari bermula 4 Disember depan.
ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing berkata, KEADILAN Perak telah memutuskan perkara itu melalui satu mesyuarat yang diadakan.
"Kedudukan kami adalah, jika usul itu dibahaskan dalam DUN, kami tidak akan menyokong usul itu, kami tidak akan menyokongnya (Ahmad Faizal).
"Ini adalah usul yang dibawa oleh wakil rakyat kerajaan. (Kami tidak tahu) jika ada agenda tersembunyi di belakangnya, misalnya untuk menunjukkan sokongan atau sebaliknya, kamu harus tanyanya (Abdul Manaf)," katanya dipetik.
Media sebelum ini melaporkan bahawa usul undi percaya itu dibawakan Adun Pengakalan Baharu daripada Umno, Abdul Manaf Hashim.
ADUN KEADILAN Perak tak sokong |

0 Comments