SUHAKAM gesa k'jaan iktiraf isu hak asasi


SURUHANJAYA
Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kecewa apabila kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin memutuskan untuk tidak membahaskan laporan tahunannya dalam sidang Parlimen kali ini.
 
SUHAKAM melalui satu kenyataan berkata, mereka telah membentangkan laporan tahunannya yang mengetengahkan pelbagai isu hak asasi manusia yang mendesak dan memerlukan tindakan segera kerajaa di Parlimen 4 November lalu.

“Laporan itu juga mengandungi syor SUHAKAM berkaitan hak komuniti rentan termasuk Orang Asli, wanita dan kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka serta pekerja.

“SUHAKAM mengambil maklum Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 tidak menyatakan secara khusus bahawa laporan tahunannya perlu dibahaskan di Parlimen,” kata Suruhanjaya itu.

Tegas mereka, laporan itu penting untuk dibahaskan bagi membincangkan secara kritis isu hak asasi manusia yang melibatkan kepentingan awam di Malaysia supaya penyelesaian bersesuaian dapat disyorkan.

“Laporan tahunan SUHAKAM dibahaskan di Parlimen buat pertama kali pada 5 Dis 2019 dan SUHAKAM berharap amalan ini akan diteruskan tahun ini dan pada masa hadapan.

SUHAKAM kecewa laporan tak dibahaskan
“SUHAKAM turut menggesa kerajaan mengiktiraf kepentingan isu hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada urusan kerajaan terutama dalam perbahasan Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan belum bercadang membawa usul membahaskan laporan tahunan SUHAKAM kerana tidak mempunyai masa mencukupi untuk membahaskannya

Post a Comment

0 Comments