PELUMBA Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dilapor menjalani satu lagi pembedahan di tangan kanannya.
Memetik laporan agensi berita antarabangsa AFP, juara enam kali MotoGP itu dijalankan di sebuah hospital dekat Madrid.
"Marc Marquez menjalani pembedahan baharu di tangan kanannya kerana proses pemulihan yang lambat di tulangnya," kata pasukan Honda.
Difahamkan, pembedahan itu memakan masa lapan jam membabitkan "pembuangan kepingan plat sebelumnya dan diganti baharu" selain membentuk semula tulang.
Sebagai rekod, penunggang berusia 27 tahun dari Catalan itu sebelum ini sudah menjalani tiga pembedahan.
Honda tidak menjelaskan bagaimana Marquez akan berlumba semula tetapi akhbar Sepanyol, Marca melaporkan penunggang itu tidak akan kembali sehingga Mei depan.
Saingan Motogp musim 2021 dijadualkan bermula di Qatar pada penghujung Mac depan.
Memetik laporan agensi berita antarabangsa AFP, juara enam kali MotoGP itu dijalankan di sebuah hospital dekat Madrid.
"Marc Marquez menjalani pembedahan baharu di tangan kanannya kerana proses pemulihan yang lambat di tulangnya," kata pasukan Honda.
Difahamkan, pembedahan itu memakan masa lapan jam membabitkan "pembuangan kepingan plat sebelumnya dan diganti baharu" selain membentuk semula tulang.
Sebagai rekod, penunggang berusia 27 tahun dari Catalan itu sebelum ini sudah menjalani tiga pembedahan.
Marquez jalani satu lagi pembedahan |

0 Comments