TIMBALAN Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu disingkirkan sebagai Menteri Besar Perak melalui undian percaya diusulkan seorang ADUN Umno.
Faizal yang merupakan Adun Chenderiang gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu setelah 48 ADUN undi menolak usul percaya berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali
Abd Manaf Hashim (Umno-Pengkalan Baru) membawakan usul itu untuk dibahaskan. Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (HARAPAN) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi.
Ahmad Faizal dijadual membentangkan belanjawan negeri pada hari ini. Bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku tadi, ia terpaksa ditunda kepada Rabu depan.
Tempoh itu perlu bagi membolehkan speaker dan Ahmad Faizal mengadap Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum apa yang berlaku dalam DUN hari ini.

Faizal rindu kerajaan HARAPAN
Untuk rekod, Faizal dilantik menjadi menteri besar semasa Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.
Susulan pergolakan politik hasil dari 'Langkah Sheraton" dia kekal menjadi menteri besar dengan sokongan Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Sebalik tersingkir sebagai Menteri Besar hari ini, Faizal kemudian menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan ahli-ahli dewan undangan negeri.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Faizal hanya dapat 10 undi percaya |
“I miss you guys sometimes actually, seriously,” katanya dalam ucapannya.
Faizal mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak lagi, termasuk exco dalam kabinetnya, tetapi tidak menyebut parti lain secara khusus.

0 Comments