MB Kedah enggan dedah syarikat mana dilantik teroka REE


MENTERI BESAR Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor enggan mendedahkan syarikat akan terlibat dalam rancangan cari gali dan mengekstrak elemen nadir bumi di negeri ini.

Dipetik laporan Malaysiakini, apakah Kedah akan menggunakan khidmat syarikat Chinalco GXNF Rare Earth Developmentdari China untuk aktiviti tersebut, Muhammad Sanusi menafikannya.

"Tak ada, tak ada kerjasama," katanya ringkas tanpa menjelaskan lanjut melalui khidmat pesanan teks hari ini.

Sebelum ini, sebuah  Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan dengan hasrat Kerajaan Negeri kedah yang dipimpin Perikatan Nasional (PN) itu.

Selain mendesak supaya Menteri Besar dari PAS itu bersikap telus, mereka turut  memberi amaran bahawa aktiviti mengekstrak elemen tersebut hanya akan membawa kesan buruk.

"Orang ramai berhak untuk mengetahui apakah yang ditugaskan untuk dilakukan oleh syarikat itu dan di manakah aktiviti penerokaan itu akan dijalankan dan apakah perlindungan untuk alam sekitar dan sosial yang dipertimbangkan.

"Penerokaan REE bukanlah tanpa kesan sosial dan alam sekitar, terutama sekali apabila unsur itu ditemui di kawasan alam sekitar yang amat sensitif seperti hutan simpan atau di mana komuniti tempatan tinggal," katanya mereka.

Muhammad Sanusi enggan ulas lanjut


Kata SAM, Malaysia mestilah memberikan keutamaan yang betul dan mengutamakan alam sekitar dan tidak terus menjarah serta merosakkan sumber asli "atas nama menjana kekayaan ekonomi."


Mereka turut merujuk kajian awal mengenai pengalaman di China menunjukkan bahawa terdapat kerosakan alam sekitar yang sangat serius dan kesan burruk terhadap kesihatan manusia yang berkaitan dengan perlombongan dan pencucian larutan sumber tanah pencerapan ion untuk nadir bumi itu.


Post a Comment

0 Comments