Pengundi Gombak saman Azmin Ali


SEKUMPULAN
pengundi Gombak memfailkan saman terhadap Azmin Ali yang merupakan wakil rakyat bagi kawasan itu atas dakwaan penipuan dan melanggar kewajipan fidusiari.

Dipetik laporan FMT, saman itu yang difailkan sepuluh plantif melalui Tetuan Yohendra Nadaraja di Mahkamah Tinggi minggu lepas, mereka mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin sudah melakukan tort penipuan terhadap mereka.

Mereka juga mahu suatu pengisytiharan bahwa Azmin sudah memungkiri sumpah perlembagaan mengikut Perkara 59(1) yang dibaca bersama Jadual Keenam Perlembagaan.

Tindakan saman itu dikemuka kumpulan itu selepas sembilan bulan Langkah Sheraton diadakan yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Laporan itu yang memetik penyata tuntutan palntif berhujah bahawa Azmin membuat representasi bahawa beliau bertanding pilihan raya pada 2018 untuk menyingkir Barisan Nasional dan pegawai awam yang korup.

Selepas itu, kata mereka, Azmin menyebabkan dan/atau menyumbang kepada peletakan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, dan menyertai pentadbiran Perikatan Nasional yang turut mengandungi BN, termasuk orang yang Azmin sendiri akui dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah.

Plaintif juga meminta ganti rugi dan perintah lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Azmin didakwa langgar kewajipan fidusiari
Sebagai rekod,  Azmin dan beberapa bekas Ahli Parlimen KEADILAN antara watak penting yang dikaitkan dengan krisis politik yang menyusuli pertemuan melibatkan beberapa pemimpin BN, PAS, PPBM, dan Kumpulan Azmin di Hotel Sheraton.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dalam satu kenyataannya mendakwa, Azmin adalah dalang disebalik 'langkah Sheraton' dan dia mempunyai niat untuk menjadi Perdana Menteri.


Post a Comment

0 Comments