MENTERI KEWANGAN, Senator Zafrul Abdul Aziz didakwa gagal menggarap tanggungjawab beliau dalam mempersiapkan negara dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan susulan pandemik Covid-19.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan balas Tengku Zafrul berkaitan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ daripada ‘A-‘ oleh Fitch Ratings untuk pertama kali sejak krisis kewangan 20 tahun yang lalu amat membimbangkan.
Katanya, beliau gagal menjawab persoalan dan kebimbangan yang dilaporkan Fitch iaitu kestabilan politik dan tatakelola.
"Langkah Sheraton pada Februari lalu tidak hanya menimbulkan kekacauan politik tetapi ia juga adalah permulaan usaha menginjak batu asas reformasi institusi yang telah digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Kerajaan minoriti ini yang tidak punya keabsahan sama sekali daripada rakyat telah menyalahgunakan fungsi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mendapatkan dukungan," katanya Presiden KEADILAN itu dalam satu kenyataan.
Anwar sebelumnya mengulas kenyataan Zafrul yang melahirkan rasa kecewa kerajaan dengan penarafan tersebut kerana Malaysia menurutnya melihat petanda pemulihan ekonomi hasil daripada pelbagai pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, tindakan membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang prestasi jauh lebih rendah adalah tidak tepat dan mengelirukan.
"Kita harus lihat Malaysia hari ini dengan era lalu di mana negara tercinta ini adalah antara kuasa ekonomi serantau.
"Tidak ada perubahan yang nyata, dan negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam telah mula mendakap realiti digital dunia hari ini," katanya lagi.
Justeru tegasnya, semak turun penarafan oleh Fitch hanya mengukuhkan tanggapan selama ini bahawa Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang komited pada agenda reformasi serta telus, inklusif dan punya hala tuju yang jelas.
"Sebaliknya apa yang dihidangkan kepada kita hari ini adalah kekeliruan dan ketidakstabilan, yang pastinya akan merencatkan usaha untuk keluar daripada wabak ini dengan jayanya," tegasnya.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan balas Tengku Zafrul berkaitan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ daripada ‘A-‘ oleh Fitch Ratings untuk pertama kali sejak krisis kewangan 20 tahun yang lalu amat membimbangkan.
Katanya, beliau gagal menjawab persoalan dan kebimbangan yang dilaporkan Fitch iaitu kestabilan politik dan tatakelola.
"Langkah Sheraton pada Februari lalu tidak hanya menimbulkan kekacauan politik tetapi ia juga adalah permulaan usaha menginjak batu asas reformasi institusi yang telah digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Kerajaan minoriti ini yang tidak punya keabsahan sama sekali daripada rakyat telah menyalahgunakan fungsi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mendapatkan dukungan," katanya Presiden KEADILAN itu dalam satu kenyataan.
Anwar sebelumnya mengulas kenyataan Zafrul yang melahirkan rasa kecewa kerajaan dengan penarafan tersebut kerana Malaysia menurutnya melihat petanda pemulihan ekonomi hasil daripada pelbagai pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, tindakan membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang prestasi jauh lebih rendah adalah tidak tepat dan mengelirukan.
"Kita harus lihat Malaysia hari ini dengan era lalu di mana negara tercinta ini adalah antara kuasa ekonomi serantau.
Malaysia perlukan kerajaan baru yang komited |

0 Comments