PENYERANG pasukan JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi dan turut mengorbankan dua yang lain.
Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.
Wanita warga tempatan yang dipercayai mertua kepada Muhammad Syafiq, Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri yang dipetik laporan media tempatan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.
Tiga dilaporkan maut di tempat kejadian |
“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya jurucakap itu.
Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi apabila semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.
“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.
0 Comments