Nasib Ku Nan ditentukan hari ini



NASIB
  bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang berdepan pertuduhan menerima rasuah RM2 juta bakal diketahui hari ini.

Hakim mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan dijangka memberikan penghakimannya bagi kes itu pada 9 pagi.
 
Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam, iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Chai Kin Kong.

Chai yang merupakan Pengarah  Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan. Syarikat AKSB dilapor ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Ku Nan yang merupakan Ahli Parlimen Putrajaya didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebagai rekod, perbicaraan kes itu bermula pada 2 Julai tahun lepas dengan pihak pendakwaan memanggil 23 saksi untuk memberi keterangan.

Saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk dua bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, iaitu Ahmad Phesal Talib dan Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Chai.

Pada 14 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tengku Adnan membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes tertuduh.

Pada 30 Jun lepas, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil empat saksi memberi keterangan dalam prosiding yang berlangsung selama empat hari bermula 4 Mac dengan Tengku Adnan dipanggil sebagai saksi pembelaan pertama.

Pada 7 Dis lepas, Mahkamah Tinggi yang lain melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Eng Boon, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan bersubahat dalam perlakuan salah Tengku Adnan pada 2013 dan ahli perniagaan itu didenda RM1.5 juta.

 Berdepan hukuman penjara dua tahun
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas dimaklumkan pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes terhadap Tengku Adnan setelah terdapat perkembangan baharu berhubung kes itu.
 

Post a Comment

0 Comments