PEMIMPIN veteran DAP, Lim Kit Siang dilapor berkata bahawa partinya tidak pernah membuat cadangan supaya Ketua Pembangkang Parlimen yang kini disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditukar.
Pendirian itu didedahkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu seperti dilapor portal Malaysiakini susulan tersiarnya kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu baru-baru ini.
"Semasa saya berjumpa dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim pada hari Jumaat yang lepas, saya telah memberikan jaminan kepada beliau yang pimpinan DAP tidak pernah mencadangkan penukaran ketua pembangkang," katanya dipetik.
Kenyataan Lim dan Mohamad Sabu baru-baru ini menimbulkan persoalan apakah wujud gesaan dikalangan pemimpin parti dalam gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menukar Anwar.
Anwar seolah-olah dipersalahkan susulan kegagalan pembangkang menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan.
Cadangan supaya Ketua Pembangkang ditukar mula dibangkitkan Ketua Whip Parlimen Warisan, Rozman Isli yang mendakwa wujud ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan dan hala tuju blok pembangkang yang dipimpin Anwar.
![]() |
Cadangan tukar Anwar dibangkitkan MP Warisan |
Sementara itu, Lim ketika mengulas pertemuan dengan Presiden KEADILAN itu berkata, Anwar walau bagaimanapun wajar membawa kumpulan pembangkang ke hadapan dan fokus kepada keperluan untuk menguatkan dan merapatkan semua blok pembangkang dalam negara.
0 Comments