Kontrak berbaki 1 tahun, SAG tamatkan khidmat Kasma Daniel


PELUMBA Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin sah tidak akan bersama pasukan Stop and GO (SAG) bagi menghadapi saingan dalam kejuaraan MotoGP musim depan.

Perkara itu didedahkan sendiri Kasma  Daniel dalam satu temu bual bersama rancangan Nadi Arena siaran Astro.

"Sebenarnya saya sudah lama mendapat e-mel itu cuma saya tidak perasan mengenainya. Hanya beberapa hari lalu barulah bapa saya beritahu bahawa mereka (SAG) ada menghantar e-mel.

"Apabila saya membukanya, barulah saya sedar ia adalah surat penamatan khidmat daripada SAG.

"Saya tidak sedih atau apa-apa kerana faham saya pelumba baru dan mereka sudah pasti mahukan keputusan yang lebih bagus.

"Jadi saya menerima seadanya dan redha dengan apa yang SAG buat," kata pelumba berusia 20 tahun itu.

Penamatan perkhidmatan Kasma dianggap mengejutkan, ia memandangkan anak kelahiran Johor itu  masih mempunyai baki kontrak setahun bersama pasukan berkenaan.

Bagi menjelaskan mengenai perkara itu, pelumba berusia 20 tahun berkenaan berkata dalam satu temu bual Nadi Arena: "Sebenarnya saya sudah lama mendapat e-mel itu cuma saya tidak perasan mengenainya. Hanya beberapa hari lalu barulah bapa saya beritahu bahawa mereka (SAG) ada menghantar e-mel.

Kasma Daniel, dalam pada itu berkata,  masih belum mahu mengaku kalah dalam meneruskan karier permotorannya.

Dia kini sedang berbincang dengan beberapa pasukan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Perlumbaan CEV Eropah.

 Cuba sertai kejuaraan lain


"Sekarang ni saya dalam perbincangan dengan satu pasukan ARRC, pasukan lama saya, iaitu Yamaha Hong Leong, atau sekarang (dikenali sebagai) YMC atau Yamaha Motor Cooperation All Japan.


"Untuk CEV belum tahu lagi kerana masih berunding dengan beberapa pasukan. Sama ada kami bayar atau mereka akan taja, itu terpulang kepada pengurus saya dan pasukan di sana," tambahnya.

Susulan perkembangan terbaru itu, Hafizh Syahrin Abdullah akan menjadi pelumba tunggal negara dalam kejuaraan dunia MotoGP musim 2021.

Post a Comment

0 Comments