PENGERUSI DAP Perak, Nga Kor Ming menegaskan bahawa beliau tidak akan memegangs ebarang jawatan dalam kerajaan Perak sekiranya negeri itu ditadbir melalui kerjasama antara Umno dan Pakatan Harapan(HARAPAN).
Pendirian itu disuarakan Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dalam surat terbuka berbahasa Cina yang menjelaskan keputusan HARAPAN untuk membuka rundingan dengan Umno di Perak.
Dipetik laporan malaysiakini, Nga mengaku menerima banyak mesej sokongan serta kritikan mengenai idea kerjasama itu.
Bagaimanapun beliau menekankan bahawa sebarang kerjasama dengan Umno akan bersyarat dan mesti berdasarkan keadilan, pentadbiran yang baik dan pelbagai budaya.
"Ini akan mewujudkan pemerintahan yang kuat dan stabil," kata ADUN Aulong Perak dan Ahli Parlimen Teluk Intan itu.
Mengulas lanjut Nga berkata, melalui 25 kerusi yang dipegang oleh Umno dan 24 kerusi pada PH akan memberi kerajaan baru lebih dari dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri yang dianggotai 59 Adun.
Secara teorinya, kerajaan yang kukuh mampu memberi kesan positif terhadap rakyat negeri itu.
Tambah Nga, jajaran baharu itu juga akan membawa kepada kerajaan negeri yang lebih berbilang kaum yang akan menjauhkan sikap "ekstremisme".
"Ini sangat mustahak, jika dibandingkan dengan Perikatan Nasional yang mono-etnik dan mono-agama.
"Selain memastikan kestabilan, ia juga dapat mencegah kerajaan negeri dijadikan tebusan oleh 'ekstremisme populis' PAS, yang merupakan ancaman terhadap kepelbagaian dan semangat sekular serta pluralistik Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Nga mengingatkan bahawa sekiranya kerjasama Umno-HARAPAN di Perak menjadi kenyataan, Pelantikan Menteri Besar yang baru perlu melalui undi keyakinan di DUN terlebih dahulu.
Ini akan mengelakkan anggapan bahawa ia adalah kerajaan pintu belakang dan menetapkan keutamaan untuk amalan demokrasi yang tepat.
Pendirian itu disuarakan Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dalam surat terbuka berbahasa Cina yang menjelaskan keputusan HARAPAN untuk membuka rundingan dengan Umno di Perak.
Dipetik laporan malaysiakini, Nga mengaku menerima banyak mesej sokongan serta kritikan mengenai idea kerjasama itu.
Bagaimanapun beliau menekankan bahawa sebarang kerjasama dengan Umno akan bersyarat dan mesti berdasarkan keadilan, pentadbiran yang baik dan pelbagai budaya.
"Ini akan mewujudkan pemerintahan yang kuat dan stabil," kata ADUN Aulong Perak dan Ahli Parlimen Teluk Intan itu.
Mengulas lanjut Nga berkata, melalui 25 kerusi yang dipegang oleh Umno dan 24 kerusi pada PH akan memberi kerajaan baru lebih dari dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri yang dianggotai 59 Adun.
Secara teorinya, kerajaan yang kukuh mampu memberi kesan positif terhadap rakyat negeri itu.
Tambah Nga, jajaran baharu itu juga akan membawa kepada kerajaan negeri yang lebih berbilang kaum yang akan menjauhkan sikap "ekstremisme".
"Ini sangat mustahak, jika dibandingkan dengan Perikatan Nasional yang mono-etnik dan mono-agama.
"Selain memastikan kestabilan, ia juga dapat mencegah kerajaan negeri dijadikan tebusan oleh 'ekstremisme populis' PAS, yang merupakan ancaman terhadap kepelbagaian dan semangat sekular serta pluralistik Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Jajaran baru beri kebaikan untuk rakyat |

0 Comments