SEORANG wakil Rakyat KEADILAN di Perak beranggapan mengadakan kerjasama dengan musuh politik adalah lebih baik daripada duduk bersama kumpulan yang disifatkans ebagai pengkhianat.
ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata begitu ketika mengulas kemungkinan wujud jajaran baharu politik di negeri itu antara Umno dan parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Isunya adalah mengembalikan mandat rakyat. Justeru untuk mengembalikan mandat rakyat maka kerjasama dengan parti-parti lain dan untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Bagi pandangan saya sendiri baik kita kerjasama dengan musuh berbanding pengkhianat, rakyat juga sedia maklum siapa musuh dan pengkhianat ini," katanya dipetik temubual bersama Astro AWANI.
Katanya pendirian itu telah disuarakan pihak mereka, namun ia tertakluk kepada persetujuan dan hanya akan dimuktamadkan di peringkat kepimpinan pusat sebelum dilaksanakan.
Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan HARAPAN di Perak untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil. Kenyataan itu disambut baik pemimpin HARAPAN peringkat negeri itu.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, demi kepentingan rakyat, HARAPAN bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.
Manakala Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keutamaan HARAPAN sekarang ialah menjaga kepentingan rakyat yang menderita sepanjang pandemik Covid-19. Tak mahu duduk dengan 'pengkhianat'
“Amanah dan HARAPAN bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Umno untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil di Perak,” ujarnya
0 Comments