UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini
Memetik laporan Sinar, mesyuarat tergempar itu dipercayai bagi membincangkan pendirian mereka susulan kemelut politik yang telah bermula di Perak.
Portal itu yang memetik sumber dalam Umno berkata, mesyuarat Biro Politik itu yang akan diadakan di Menara Dato Onn, Dagangan Dunia Putra (WTC) juga bagi membincangkan mengenai isu kedudukan kerajaan Persekutuan yang dipimpin Muhyiddin Yassin secara keseluruhannya.
Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak termasuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ia susulan kenyataan awal Parti Bersatu dan PAS bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan kerajaan baru yang mahu dibentuk.
![]() |
Dijangka bincang situasi politik semasa |
Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan ADUN Chenderiang, hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
0 Comments