Anak legenda F1 juara Formula Dua musim ini

 


MICK SHUMACHER yang merupakan anak kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher menjuarai gelaran pemandu dalam perlumbaan yang mendebarkan di Bahrain semalam.

Pelumba berusia 21 tahun itu yang akan berhijrah ke saingan Formula 1 menjadi juara perlmbaan Formula Dua musim ini apabila mengatasi saingan terdekatnya, Callum Ilott.

Memasuki perlumbaan dengan kelebihan 14 mata dalam saingan selepas bangkit daripada kemalangan dalam sesi kelayakan, menyaksikan dia memulakan perlumbaan di P18 sebelum menamatkan saingan di tempat keenam.

Mick turut meraih dua mata bonus kerana melakukan catatan masa terpantas.

Juara Formula Tiga pada 2018 itu menamatkan musim 2020 dengan dua kemenangan dan lapan podium.

Bersaing dalam kejuaraan F1 musim depan
Musim depan, Mick bakal beraksi di pentas Formula Satu (F1) bersama pasukan Haas.

Untuk rekod, bapanya berdepan kecederaan serius selepas melakukan aktiviti ski pada Disember 2013 dan tidak dapat dilihat umum sejak insiden itu.

Post a Comment

0 Comments