Kerajaan baru Perak: Umno dan DAP saling sudi bekerjasama


JAJARAN baharu kerjasama politik antara Umno dan parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN tidak mustahil akan berlaku di negeri Perak.

Susulan keputusan Pas dan parti Bersatu yang sebelum ini berkata, tidak akan menyokong pembentukan kerajaan baharu di negeri ini,

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan kerjasama  termasuk dengan DAP  itu berlangsung, namun ia tertakluk kepada keputusan muktamad oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Berikutan kenyataan Pas dan Bersatu (tidak sokong pembentukan kerajaan negeri yang baharu) maka satu pendekatan akan diambil oleh UMNO bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu.

“Ini akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang akan terbentuk nanti merupakan kerajaan yang lebih kukuh dukungannya. Kita akan lihat semua kemungkinan. (Termasuk kerjasama dengan HARAPAN dan DAP) semua kemungkinan, itu tertakluk kepada keputusan muktamad parti,” kata selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta.

Sementara itu, DAP Perak pula dilapor sudi bekerjasama dengan Umno bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabildi Perak.  

“Saya terbuka dengan sebarang perbincangan yang membina. Kami bersedia,” kata Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming dipetik laporan Malaysiakini.

Dua parti lain dalam HARAPAN, Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pula turut dilapor tidak mempunyai masalah untuk mewujudkan kerajaan baharu Perak.

Pengerusi KEADILAN Perak Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak  mengesahkan dia telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno bagi membincangkan soal pembentukan kerajaan negeri yang baru.

“Kami bersedia bekerja dengan Umno demi kepentingan rakyat. Sekarang terpulang kepada mereka (the ball is in their court),” katanya dipetik.

MB dari Bersatu kena singkir

Perak kini tiada menteri besar, apabila Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan susulan kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya dalam sidang DUN 4 Dis lalu.

Dalam usul dibawa Umno itu, Ahmad Faizal mendapat hanya 10 undi sokongan, sementara 48 lagi undi menolak usul percaya itu, manakala satu undi rosak dan satu undi berkecuali.

Sementara itu, Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Muzzammil Ismail  mendesak jawatan Menteri Besar Perak dikembalikan kepada ADUN bersatu.

Umno tiada masalah kerjasama dengan DAP
Menurutnya, ia harus dilakukan untuk kesepakatan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional atas semangat setiakawan.

"Jika undi percaya itu mahu tukar Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status kerajaan negeri, wajar calon dipilih daripada kalangan ADUN Bersatu juga," katanya dipetik Sinar Harian.

Post a Comment

0 Comments