SETIAUSAHA Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mampu mendapatkan jumlah diperlukan bagi mengambil semula mandat rakyat dan membentuk kerajaan yang baru.
Dipetik laporan Sinar, Saifuddin berkata begitu bagi menjawab persoalan apakan usaha itu masih boleh dilakukan.
Saifuddin berkata Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu kepada kepimpinan tertinggi gabungan itu.
"Saya tidak bersedia berkongsi jumlahnya (SD). Saya tahu siapa yang kita jumpa, berapa yang kita dapat dan sebagainya.
"Mengenali cara Anwar menjalankan tanggungjawab, beliau sentiasa memaklumkan progres terhadap usaha beliau kepada pimpinan utama HARAPAN," katanya.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini meminta pembangkang supaya tidak membazirkan tenaga dan membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan yang disifatkan mereka sebagai 'oportunis'.
Kenyataan itu dipercayai merujuk usaha Anwar untuk mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen diluar gabungan HARAPAN.
Malah Anwar dilihat seolah-olah dipersalahkan atas kegagalan usaha pembangkang menewaskan belanjawan 2021 oleh pentadbiran Muhyiddin.
![]() |
Anwar diberi mandat ambil semula kerajaan |
"Ini menepis dakwaan atau tohmahan yang timbul bahawa ini adalah keputusan dan agenda peribadi Anwar. Saya menafikan sekeras-kerasnya ini usaha peribadi Anwar.
"HARAPAN telah calonkan Anwar (sebagai ketua pembangkang) untuk ambil semula mandat (kerajaan)," tegasnya lagi.
0 Comments