ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) Selangor terbuka dengan cadangan penggabungan besar di kalangan parti pembangkang, namun menolak penglibatan Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pendirian itu disuarakan sayap pemuda KEADILAN itu melalui Pengarah Komunikasinya, Mohd Khairool Ngadon.
Menurut Khairool, cadangan mengenai kerjasama gabungan besar itu perlu dibincangkan secara lebih mendalam di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Berhubung cadangan pengukuhan kerjasama di antara parti-parti komponen HARAPAN melibatkan ahli-ahli Parlimen bebas serta parti-parti yang tidak pro-Perikatan Nasional, kami berpandangan bahawa cadangan ini perlu dibincang secara lebih mendalam di peringkat Majlis Presiden.
“Namun demikian, AMK Selangor ingin mengingatkan dan menggesa agar kerjasama yang dicadangkan tidak sama sekali melibatkan Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam kenyataan.
Beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Mohammed Sabu dan Lim Guan Eng baru-baru ini menyuarakan gesaan pembentukan gabungan besar yang disebut sebagai "anjakan politik" antara parti pembangkang.
Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin Muda KEADILAN, Raymond Ahuar menegaskan bahawa adalah lebih baik parti politik lain menyertai gabungan HARAPAN sedia ada tanpa perlu mewujudkan gabungan lain.
Tegasnya, sebuah ‘gabungan besar’, perlu merangkumi hanya satu pakatan dengan satu hala tuju dan dasar sama.
Sementara itu, dalam mewujudkan gabungan besar itu, Khairool turut mengingatkan HARAPAN supaya belajar dari kesilapan sebelum ini.
“Jangan sesekali membiarkan pisang berbuah dua kali,” katanya dalam kenyataan itu.
Pendirian itu disuarakan sayap pemuda KEADILAN itu melalui Pengarah Komunikasinya, Mohd Khairool Ngadon.
Menurut Khairool, cadangan mengenai kerjasama gabungan besar itu perlu dibincangkan secara lebih mendalam di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Berhubung cadangan pengukuhan kerjasama di antara parti-parti komponen HARAPAN melibatkan ahli-ahli Parlimen bebas serta parti-parti yang tidak pro-Perikatan Nasional, kami berpandangan bahawa cadangan ini perlu dibincang secara lebih mendalam di peringkat Majlis Presiden.
“Namun demikian, AMK Selangor ingin mengingatkan dan menggesa agar kerjasama yang dicadangkan tidak sama sekali melibatkan Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam kenyataan.
Beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Mohammed Sabu dan Lim Guan Eng baru-baru ini menyuarakan gesaan pembentukan gabungan besar yang disebut sebagai "anjakan politik" antara parti pembangkang.
![]() |
AMK ingatkan supaya belajar dari kesilapan |

0 Comments