Zaman kegemilangan Tun M dan berlalu


SEORANG pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK), menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam arus politik negara hari ini.

Syed Badli Shah Syed Osman berkata begitu susulan serangan dilempar Dr Mahathir ke atas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan taktik yang sering digunakan Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai "kolot dan layu", Syed Badli turut mengumpamakan Dr Mahathir sebagai telefon dail pusing yang lama, justeru tidak lagi relevan pada zaman telefon pintar.

"Mahathir sudah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam arus politik negara hari ini. Mahathir ibarat telefon dail pusing yang wujud di zaman telefon pintar (smartphone).

“Taktik serangan dengan mengimbas masa lalu dan hanya meletakkan segala kesalahan ke atas Anwar adalah taktik lama yang kolot dan layu.

“Corak pemikiran politik beliau sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dipraktikkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 13 Nov lalu, media pada 13 November lalu melaporkan Mahathir secara terbuka berkata Anwar tidak layak memegang jawatan perdana menteri kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan.

Mahathir juga mendakwa Anwar bersama Pakatan Harapan (PH) tidak mampu untuk merampas kembali kerajaan meskipun dia tiada lagi dalam HARAPAN.

Sebagai rekod, HARAPAN menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka dapat mengembali semula mandat rakyat, walau bagaimanapun Dr Mahathir sebelum ini menuntut kembali jawatan itu dan mahu menjadi perdana menteri untuk kali ke-3.

Anwar dan KEADILAN bagaimanapun tidak mempersetujui cadangan memberi sekali lagi peluang kepada Mahathir untuk dilantik ke jawatan itu.

Seorang penganalisis sebelum ini berkata, Mahathir akan melakukan apa sahaja bagi menghalang usaha Anwar menerajui jawatan tertinggi itu.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania yang dipetik laporan FMT berkata, secara asasnya usaha untuk memastikan Anwar tidak menjadi perdana menteri adalah  adalah agenda peribadi Dr Mahathir.

Manakala penganalisis politik Universiti Malaya Awang Azman Pawi berkata, Mahathir seolah-olah “tersekat dalam dunianya sendiri” di mana tidak ada orang lain selain dirinya yang layak memimpin negara.

BACA:
Mahathir tersekat dalam dunianya sendiri 

Sementara itu, Syed Badli mengingatkan individu yang masih bergantung harap kepada cara politik diamalkan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu perlu belajar untuk keluar dari kepompong politik sempit.

“Mahathir sudah membuktikan kebolehannya dalam berpolitik dan jasa beliau kepada negara cukup besar. Namun zaman kegemilangannya sudah tamat.

Tun M tidak lagi releven
“Justeru, sudah sampai masanya kita tinggalkan cara politik masa lalu dan bergerak ke arah politik masa kini.” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments