SEORANG penganalisis politik melihat sokongan berterusan Dr Mahathir Mohamad untuk kerajaan perpaduan sebagai satu muslihat menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania yang dipetik laporan FMT berkata, Mahathir akan melakukan apa sahaja bagi menghalang usaha Anwar menerajui jawatan tertinggi itu.
Katanya, ini dapat dikesan melalui zaman kejatuhan keduanya pada 1990-an ketika Anwar menjadi timbalan Mahathir dalam kerajaan itu.
“Ia tiada kaitan dengan kerajaan perpaduan. Secara asasnya adalah agenda peribadi Mahathir untuk memastikan Anwar tidak menjadi perdana menteri. Tiada yang lebih daripada itu.
“Walaupun (Mahathir) sendiri tidak menjadi perdana menteri, sesiapa sahaja boleh jadi, kecuali Anwar.
“Malah perjanjian 2018 (ketika Mahathir dan Bersatu sebahagian daripada Pakatan Harapan) berakhir dengan begitu buruk. Mahathir tidak pernah berniat membiarkan Anwar mengambil alih,” katanya dipetik laporan itu.
d
Mahathir sebelum ini membuat kenyataan memperlekeh Anwar, dalam satu wawancara bersama sebuah portal bekas Pengerusi Bersatu itu secara erbuka mendakwa Anwar Ibrahim tidak mampu memimpin negara ini yang sedang berhadapan krisis ekonomi.
Kenyataan Mahathir itu kemudian dikritik Ketua Penerangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin yang menegaskan kenyataan tersebut sebagai tindakan terdesak Mahathir untuk dilihat relevan dalam arus politik perdana sekaligus menghalang Anwar diangkat menjadi perdana menteri.
BACA: Tun M mahu halang HARAPAN kembali berkuasa
Sementara itu, dipetik laporan serupa penganalisis politik Universiti Malaya Awang Azman Pawi berkata, Mahathir seolah-olah “tersekat dalam dunianya sendiri” di mana tidak ada orang lain selain dirinya yang layak memimpin negara.
Katanya, Mahathir sudah bertindak menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak kerana mereka tidak ikut kemahuannya, walaupun beliau memilih Abdullah sebagai pengganti dan kemudian memberikan kepercayaan kepada Najib.
“Ia jelas bahawa Mahathir dibelenggu oleh alasan peribadi dalam usaha untuk menafikan Anwar menjadi perdana menteri. Hakikatnya, Mahathir takut pada Anwar, yang jauh lebih mampu daripada Mahathir jika diberi peluang menjadi perdana menteri, di mana beliau akan menyebabkan legasi Mahathir mula dilupakan rakyat,” katanya Tun M didakwa mahu halang Anwar jadi PM
Tambah Awang Azman, legasi Mahathir berada dalam bahaya dengan parti barunya Pejuang tidak akan mendapat sokongan selagi Anwar dan KEADILAN menjadi tulang belakang kepada pembangkang.
0 Comments