Rayer anggap permohonan maaf King Sing tak ikhlas


AHLI PARLIMEN Jelutong RSN Rayer menuntut supaya Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tiong King Sing membuat permohonan maaf kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di dalam Dewan Rakyat.

Gesaan itu dibuat Rayer susulan permohonan maaf dikemuka King Sing melalui satu kenyataan baru-baru ini.

Pada akhir Waktu Pertanyaan pagi ini, Rayer yang mentifatkan permohonan maaf Ahli Parlimen Bintulu itu sebagai 'tidak ikhlas' berkata, dia telah memfailkan usul bertulis yang memohon speaker mengarahkan Tiong supaya meminta maaf di Dewan Rakyat.


"Permohonan maafnya tidak ikhlas kerana kenyataannya (terhadap Noor Hisham) dibuat di sini (di Dewan Rakyat)," tegas wakil rakyat dari DAP itu.

Minggu lalu, Dewan Rakyat kecoh susulan kenyataan King Sing yang dianggap menghina Dr Noor Hisham.

King Sing menyifatkan Dr Noor Hisham Abdullah "takut mati" kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri berkenaan.

Dr Noor Hisham turut diperlekeh dengan dakwaan sengaja mencari publisiti melalui sidang media harianya dan berniat mahu menjadi Setiausaha Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
 
Pada 11 November lalu, Rayer diarahkan keluar dari Dewan Rakyat setelah bertikaman lidah dengan Tiong ketika mempertahankan Dr Noor Hisham. 

Mahu King Sing mohon maaf dalam dewan
Manakala Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang membangkitkan isu berkait tuduhan King Sing itu turut dikenakan tindakan gantung dewan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sehari selepas itu.

BACA:
Dewan kecoh setelah Duta Khas PM tuduh Dr Noor Hisham 'takut mati'

BACA: Seorang lagi Ahli Parlimen DAP dihalau keluar dewan


Kenyataan King Sing itu mendapat kecaman pemimpin pembangkang dan rakyat negara ini yang beranggapan Dr Noor Hisham merupakan 'tulang belakang' negara dalam usaha memerangi Covid-19.

Sementara itu Rayer berkata, tindakan King Sing membuat permohonan maaf itu telah memberi gambaran bahawa keputusan timbalan speaker mengarahkan keluar dewan adalah kurang bijak.

Susulan itu, beliau menuntut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun supaya menarik balik perintah penggantungan lima hari terhadap  Lip Eng kerana isu yang sama.
 

Post a Comment

0 Comments