Seorang lagi Ahli Parlimen DAP dihalau keluar dewan


DEWAN Rakyat sekali lagi bertukar kecoh hari ini angkara kenyataan dianggap menghina dibuat Ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Berlaku pertikaman lidah antara Speaker Azhar Azizan Harun dengan dua Ahli Parlimen pembangkang yang berkesudahan dengan Ahli Parlimen DAP. Lim Lip Eng dihalau keluar dan digantung dewan selama 5 hari.

Ia bermula ketika bekas menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminta Azhar melihat kembali ruling (keputusan) yang dibuat Timbalan Speaker Azalina Othman Said berdasarkan peraturan 99 berhubung kenyataan Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang didakwa menghina.

Ahli Parlimen Bagan itu turut sekali lagi mengulangi gesaan RSN Rayer (Jelutong) semalam yang menggesa Tiong untuk memohon maaf.

"Saya rujuk peraturan mesyuarat 99 supaya perintah atau ruling dibuat oleh Speaker semalam perlu dikaji semula dan meminta supaya yang Bintulu sebut terhadap pengarah Kesihatan ditarik balik dan meminta maaf.

Azhar bagaimanapun berkata, keputusan itu sudah dibuat Azalina dan "tidak baik" jika dia mengubah keputusan berkenaan.
 
Pendirian Azhar itu membangkitkan kemarahan Lim yang berkata  ruling yang dibuat oleh Azalina sebagai "bodoh".

“Tetapi itu ruling yang bodoh,” katanya.

Kenyataan Lip Eng membuatkan Azhar berang dan meminta Lip Eng keluar dari Dewan Rakyat serta menggantungnya selama dua hari.

Azhar halau Lip Eng dari Dewan
Namun Ahli Parlimen Segambut itu terus mempertahankan gesaan supaya King Sing memohon maaf sehingga berlaku pertikaman lidah.

Azhar kemudian bertindak menggantung Lip Eng selama lima hari dan mengancam akan memanggil polis jika dia masih enggan keluar.

“Kamu keluar, kalau tidak saya panggil polis,” kata Azhar.

Semalam Rayer dihalau keluar dewan selepas mempertahankan Dr Noor Hisham yang didakwa 'takut mati' oleh King Sing yang juga adalah Duta Khas Perdana Menteri ke China.
 
Azalina  memberi dua pilihan kepada Tiong sama ada untuk menarik balik kenyataannya atau menjelaskan perkara yang disebutkannya.

Bagaimanapun, Tiong tetap enggan menarik balik kenyataannya.

Post a Comment

0 Comments