Perdana Menteri Bahrain meninggal dunia


PERDANA MENTERI
Bahrain paling lama berkhidmat, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Agensi Berita Kebangsaan Bahrain melaporkan, Sheikh Khalifa yang menjadi perdana menteri negara itu sejak 1971 meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).

Susulan itu, Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu di negara itu.

Sepanjang tempoh tersebut, bendera di seluruh negara akan dikibarkan separuh tiang.  

Upacara pengebumian dijangka diadakan selepas jenazahnya dibawa pulang. Bilangan tetamu yang ingin memberi penghormatan terakhir juga akan dihadkan.

Sheikh Khalifa Salman berusia 84 tahun
Beberapa pemimpin negara, antaranya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN). Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Bahrain atas kehilangan itu.


Post a Comment

0 Comments