TINDAKAN tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang memandu melawan arus hanya semata-mata mahu menyambut Deepavali di Tapah mengundang padah.
Ia selepas kenderaan jenis Perodua Axia dipandu lelaki itu terbabit kemalangan di Kilometer 355.4 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara bersama dua kenderaan lain termasuk sebuah lori.
Kejadian itu yang diviralkan di media sosial dipercayai berlaku petang semalam dan pihak polis mengesahkan mendapat laporan mengenai kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dipetik laporan sebuah portal berkata,lelaki tersebut memandu dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat Sekatan Jalan raya (SJR) polis.
Apabila sampai di lokasi kemalangan, Sebuah kenderaan jenis Toyota Rush yang berada di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta itu dan berpusing beberapa kali.
Sebuah treler dengan muatan sarung tangan menghala ke Bidor juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia tersebut.
Wan Azharuddin berkata, kemalangan itu hanya menyebabkan pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka kecil manakala pemandu treler dan Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.
Wan Azharuddin berkata pemandu Perodua Axia itu telah ditahan di rumahnya di Bidor kira-kira pukul 11 pagi ini bagi siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ia selepas kenderaan jenis Perodua Axia dipandu lelaki itu terbabit kemalangan di Kilometer 355.4 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara bersama dua kenderaan lain termasuk sebuah lori.
Kejadian itu yang diviralkan di media sosial dipercayai berlaku petang semalam dan pihak polis mengesahkan mendapat laporan mengenai kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dipetik laporan sebuah portal berkata,lelaki tersebut memandu dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat Sekatan Jalan raya (SJR) polis.
Apabila sampai di lokasi kemalangan, Sebuah kenderaan jenis Toyota Rush yang berada di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta itu dan berpusing beberapa kali.
Rakaman di media sosial |

0 Comments