Teresa anggap Zuraida tak layak jadi menteri

 


AHLI PARLIMEN Ampang, Zuraida Kamaruddin disifatkan tidak sesuai menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Teresa Kok (Sseputeh) membuat kenyataan itu dengan mendakwa, Zuraida menggalakkan pelanggaran undang-undang di Kuala Lumpur dengan menjadikan wilayah berkenaan sebagai 'bebas berniaga'.

Melalui satu  kenyataan hari ini, Kok menyatakan rasa terkejutnya kerana Zuraida menyifatkan kritikannya terhadap dasar itu sebagai tidak peka terhadap peniaga kecil.

"Saya rasa hairan atas kritikan yang dilemparkan oleh Zuraida terhadap saya kerana saya menyoal pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang berkata DBKL membenarkan warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan kecil di mana-mana tempat yang sesuai di sekitar bandaraya mulai 15 November 2020.

"Kenyataan Zuraida ini menunjukkan beliau sebagai menteri yang menjaga kerajaan tempatan memang tidak sedar tentang masalah penjaja tanpa lesen yang melanggari undang-undang yang berlaku di banyak tempat di Kuala Lumpur," kata Kok.

Tambah pemimpin DAP itu, Zuraida dan Annuar seharusnya membantu golongan peniaga kecil tanpa lesen dengan mewujudkan lebih pusat penjaja ataupun pasar pagi atau pasar malam di tempat yang sesuai.

"Ini adalah kerana 'wilayah bebas berniaga' bukan sahaja akan mewujudkan masalah trafik, tetapi ia juga akan mewujudkan pergaduhan di antara penduduk dan penjaja berkenaan, dan akan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur kucar-kacir," katanya.

Semalam, Zuraida berkata dia terkejut apabila Kok, dalam perbahasan di Dewan Rakyat telah menentang dasar berkenaan yang kononnya bertujuan untuk membantu peniaga kecil menjalankan aktiviti ekonomi.

Teresa anggap Zuraida tak layak jadi menteri
Kok bagaimanapun menegaskan bahawa dia prihatin terhadap nasib peniaga kecil dan masalah pengangguran di kalangan warganegara.

Sebelum ini Ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Lumpur menyambut baik tindakan menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang menjadikan kawasan mereka sebagai wilayah bebas berniaga untuk tempoh enam bulan.

Walau bagaimanapun mereka mengingatkan Annuar agar  memastikan dasar baru itu tidak disalah guna serta tidak menyumbang kepada masalah kebersihan dan kesesakan di bandar.

Namun lesen kebebasan sama perlu diberi kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang lain,

Dalam satu kenyataan bersama, ahli parlimen Cheras Tan Kok Wai, Fong Kui Lin (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Nik Nazmi Nik Ahmad (Wangsa Maju), P Prabakaran (Batu) dan Hannah Yeoh (Segambut) turut mahu lesen kebebasan sama diberi kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) lain yang terjejas dengan Covid-19.

 

Post a Comment

0 Comments