Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia


AHLI PARLIMEN
Gerik Hasbullah Osman meninggal dunia hari ini pada usia 63 tahun.

Difahamkan, Allahyarham meninggal di Raub, Pahang petang tadi dan berita kematian Hasbullah disahkan seorang pemimpin Umno Gerik dalam kenyataan ringkas.

“Jenazah masih berada di Hospital Raub Pahang.” kata pemimpin itu.

Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad juga mengesahkan berita tersebut.

Pada pilihan raya umum 2018, beliau mengalahkan calon PAS dan bersatu yang kini menjadi sekutu Umno dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Allahyarham meninggal pada usia 63 tahun
Allahyarham sebelum ini pernah menjadi setiausaha politik Muhyiddin Yassin.

Beliau kini adalah pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN)

Post a Comment

0 Comments