BEBERAPA Ahli ekonomi menyuarakan keraguan terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia akan terus berkembang pada suku ke-4 tahun ini.
Carmelo Ferlito berkata, walaupun statistik rasmi menunjukkan KDNK pulih daripada penguncupan 17.1% pada suku ke-2 2020 kepada penguncupan 2.7% pada suku ke-3, namun kerajaan tidak sepatutnya terlalu optimis dengan kadar pertumbuhan itu.
“Pertumbuhan tahun ke tahun masih berada di jalan negatif dan pemulihan suku ke-3 dari suku ke-2 memang dijangka kerana perniagaan dibenarkan untuk beroperasi semula,” katanya dipetik laporan FMT.
Menurut laporan itu lagi, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia itu turut berkata, belau tidak percaya Malaysia berada dalam proses pemulihan.
“Saya rasa kita masih dalam pemulihan fisiologi. Sebahagian langkah dalam Belanjawan 2021 sebenarnya boleh meningkatkan pemulihan ini – sudah tentu pada kos tertentu, tetapi saya rasa mereka tidak akan dapat menetapkan langkah untuk pemulihan,” katanya.
Beliau menggesa pembaharuan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lebih terbuka terhadap perdagangan antarabangsa.
Tidak optimis KDNK akan berkembang |
Pemulihan ekonomi akan menjadi perlahan dan tidak menentu kerana hutang yang tinggi. “Sebarang kejutan berlaku dalam ekonomi pada masa depan akan mengancam pemulihan ini lagi.” jelasnya Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu.
Goh Lim Thye, juga dari Universiti Malaya, berkata walaupun impak PKPB yang dikenakan baru-baru ini akan menjadi kurang teruk daripada suku ke-2 kerana kebanyakan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, namun momentum pemulihan boleh terganggu kerana sektor peruncitan, rekreasi dan pelancongan akan terjejas susulan orang ramai digalakkan kekal duduk di rumah.
0 Comments