WALAUPUN inisiatif program Wilayah Bebas Berniaga yang dilancarkan Kementerian Wilayah Persekutuan baru-baru ini diterima baik, namun beberapa wakil penduduk bimbang ia akan mengundang masalah buat masyarakat setempat.
Wakil penduduk bimbang, kelonggaran diberikan kepada peniaga itu bakal menyebabkan bunyi bising, kesesakan jalan raya dan gangguan di laluan keluar masuk di penempatan penduduk.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Changkat Desa/Melewar 2, Datuk Gazali Harun melalui satu kenyataan berkata, pihaknya bimbang operasi gerai di hadapan kawasan taman akan mengakibatkan kualiti kehidupan penduduk setempat terjejas.
"Persatuan turut menerima banyak bantahan daripada penduduk berikutan pembukaan gerai di hadapan kawasan taman di sini.
“Kami memahami keadaan ekonomi semasa dan hasrat untuk memberi peluang kepada rakyat yang terjejas akibat koronavirus (Covid-19).
“Namun begitu biarlah aktiviti ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada agar tidak menjejaskan kehidupan masyarakat setempat ekoran kesesakan lalu lintas, menitik beratkan aspek kebersihan dan lokasi yang bersesuaian,” katanya.
Isu serupa turut dibangkitkan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub-Zon 4, Datuk Abdul Razak Muhamad.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tegasnya perlu memastikan pembukaan setiap gerai-gerai berkenaan adalah mematuhi SOP ditetapkan.
"Saya lihat di sesetengah kawasan seperti di Jalan 2/10 Taman Koperasi Polis Fasa 1, gerai perniagaan tumbuh bagaikan cendawan sehingga mewujudkan beberapa masalah sampingan lain seperti kesesakan jalan raya dan bunyi bising," katanya.
BACA: Teresa anggap Zuraida tak layak jadi menteri

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) turut mengumumkan pelaksanaan Wilayah Bebas Berniaga selama enam bulan bermula semalam sehingga 15 April 2021 bagi membantu meringankan bebanan penduduk khususnya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pastikan kelonggaran tidak disalah guna |
Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Lumpur dalam satu kenyaataan secara dasarnya menyambut baik cadangan itu.
Walau bagaimanapun mereka mengingatkan agar kelonggaran itu tidak disalah guna serta tidak menyumbang kepada masalah kebersihan dan kesesakan di bandar.
“Walaupun saya mengalu-alukan semangat menteri menyediakan ruang perniagaan kepada mereka yang memerlukan terutama ketika waktu mencabar sekarang, saya amat berharap DBKL akan memberi pertimbangan utama kepada aspek keselamatan penduduk,” kata Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dalam kenyataan lain.

0 Comments