Zafrul didakwa tak jawab soalan projek rundingan terus era PN



MENTERI KEWANGAN Tengku Zafrul Abdul Aziz didakwa mengelak dari mendedahkan bilangan projek yang diberikan secara rundingan terus ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dalam satu kenyataan berkata, Zafrul tidak memberikan jawapan untuk soalanya mengenai senarai penuh bagi tender di bawah BN (2013-2018) dan PN (Februari 2020 - sekarang) diutarakannya melalui jawapan bertulis senator itu di Parlimen.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, jawapan bertulis Zafrul bertarikh 4 November hanya menyenaraikan kriteria yang membolehkan kerajaan menganugerahkan projek kepada syarikat melalui rundingan seumpama itu.

"Jelas bahawa menteri tidak menjawab soalan.

"Saya akan hantar surat susulan kepada Speaker untuk meminta Kementerian Kewangan memberi jawapan semula. Pada pandangan saya, ia bertentangan dengan peraturan mesyuarat kerana tidak menjawab soalan," katanya.  

Dalam pada itu, Khoo turut membangkitkan tindakan Zafrul yang sebelum ini mendedahkan maklumat berkenaan projek rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Tapi mengapa sekarang (untuk projek bawah PN) tidak dedahkan? Maaf jika terkasar tetapi adakah Tengku Zafrul takut hendak dedahkan?" soalnya lagi.

Zafrul didakwa tak jawab soalan
Ketika sidang Parlimen yang lalu, Zafrul menyatakan sejumlah 101 projek bernilai RM6.61 bilion diberikan secara rundingan terus oleh HARAPAN yang kemudian dijadikan modal serangan Ahli-Ahli Parlimen Umno dan PN kepada pentadbiran HARAPAN.

Zafrul setelah didesak kemudiannya mendedahkan senarai penuh projek-projek tersebut.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng kemudian menjelaskan kira-kira 95 peratus daripada projek itu adalah daripada kerajaan BN.

Zafrul kemudian sekali lagi tampil menggesa agar Ahli Parliem tidak mempolitikkan isu tersebut.

Post a Comment

0 Comments