Potong 10% gaji menteri untuk bantu rakyat - Dr Wan Azizah


BEKAS  timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat cadangan agar sebahagian gaji menteri kabinet digunakan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pandan itu mencadangkan agar gaji perdana menteri dan anggota jemaah menteri dipotong 10%.

Hasil dari pemotongan pendapatan itu kemudiannya dimasukkan ke Tabung Covid-19.

Beliau juga mencadangkan elaun wakil rakyat yang menjadi pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dikurangkan kepada 50%.

“Pengurangan ini bukan sahaja suka-suka, sebaliknya disalurkan sebagai tanggungjawab sosial dan korporat kepada Tabung Covid-19. Wakil-wakil rakyat ini sudah bergaji,” katanya.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya akan menyokong cadangan memotong gaji menteri ketika Covid-19 bagi mengurangkan beban kerajaan,

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, seseorang menteri tidak akan kebuluran walaupun gaji dikurangkan 30% yang berbeza dengan individu yang kehilangan kerja dan tidak mempunyai pendapatan, kerana ia akan menjejaskan kehidupan ahli keluarga.

Pemimpin negara perlu tunjuk teladan


Sementara itu, Dr Wan Azizah ketika membuat cadangan itu berkata, pemotongan gaji itu adalah wajar.


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan para menteri perlu menunjukkan kepimpinan menerusi teladan, ketika rakyat menghadapi kesukaran melangsungkan hidup.

Post a Comment

0 Comments