ENAM tuntutan khusus buat wanita telah disampaikan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bagi dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2021.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fuziah Salleh berkata antara tuntutan tersebut ialah supaya skim perlindungan sosial “i-Suri” akan terus memperkasa dan diperluas liputannya ke Sabah dan Sarawak.
Selain itu, mereka menuntut agar kerajaan menyediakan perlindungan khusus kepada mangsa keganasan rumah tangga dengan peruntukan khas persediaan hotel-hotel terpilih sebagai tempat perlindungan sementara untuk mangsa.
Cadangan itu turut meliputi saranan untuk menyediakan peruntukan agar talian psikososial khusus untuk aduan keganasan rumahtangga diperluas kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) terpilih dalam tempoh pandemik Covid-19.
“Wanita KEADILAN menggesa peruntukan khas diberi bagi pemberdayaan Program Kaunselor dalam komuniti untuk membantu ahli komuniti yang terkesan dengan impak pandemik termasuk mereka yang mengalami isu kesihatan mental," katanya.
Bagi memastikan keadilan buat golongan itu terus terbela, Wanita KEADILAN turut mendesak kerajaan memberi keutamaan kepada Mahkamah Syariah (Khas) bagi tuntutan-tuntutan nafkah dan tuntutan perceraian akibat keganasan rumahtangga agar disegerakan dalam tempoh pandemik.
“Tuntutan keempat pula adalah menjamin sekuriti makanan dengan mengutamakan kumpulan sasar B40,” Kata Ahli Parlimen Kuantan itu dalam satu kenyataan.

![]() |
Fuziah tuntut kebajikan wanita diperkasa |
Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Program AgroWanita (Program Urban Farming & Kebun Komuniti) sebagai langkah program memperkasa komuniti sekuriti makanan dan pertanian yang dikenali sebagai GSC “Grow, Sell and Consume”.
Selain itu menurutnya, mereka turut menuntut agar kerajaan memastikan akses pendidikan terhadap kanak-kanak dalam tempoh pendemik Covid-19.
Manakala tuntutan terakhir yang dikemukakan untuk dipertimbangkan pada Belanjawan yang akan dibentangkan ialah agar Program Daftar Warga Emas (DAWE) dilaksanakan dengan segera bagi tujuan perlindungan terhadap warga emas yang tinggal berseorangan dan sistem semakan keselamatan terutama sepanjang tempoh pandemik.
0 Comments