Trump dijangka tersingkir sebagai Presiden Amerika


CALON demokrat Joe Biden dijangka akan mengambil pentadbiran Rumah Putih daripada Presiden Donald Trump.

Setakat pagi ini, Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan.

Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri ini selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Trump.

Sebagai rekod, Biden hanya memerlukan 270 undi muncul sebagai presiden AS yang baharu.

Sementara itu, Trump dilapor memfailkan tuntutan mahkamah berhubung pengiraan undi di Pennsylvania, Michigan dan Georgia ketika pengiraan undi Pilihan Raya Presiden AS berlangsung.

Trump dijangka kalah


Tindakan mengejutkan itu yang dijalankan ketika Trump berada di ambang kekalahan ialah bagi menuntut akses yang lebih baik buat pemerhati kempen di lokasi di mana undi diproses dan dikira.


Tindakan itu jelas memperlihatkan penggunaan strategi undang-undang yang sebelum ini disebut-sebut Trump, iaitu menyerang integriti proses pungutan undi di negeri-negeri yang beliau kalah.

Pasukan kempennya juga sebelum ini dilaporkan akan segera memohon supaya undi di Wisconsin dikira semula.

Post a Comment

0 Comments