SEORANG Ahli Parlimen dari KEADILAN mempersoal kewajaran untuk Dewan Rakyat menghadkan masa empat jam kepada Ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2021 sebelum di undi esok.
P Prabakaran (Batu) dalam satu kenyataaan berkata bahawa tindakan menghadkan masa perbahasan di dalam dewan tidak relevan dengan fungsi parlimen yang sebenar.
Beliau mempersoalkan bagaimana Belanjawan yang dianggap pentung dapat diluluskan tanpa melalui proses perbahasan yang sepatutnya.
"Persidangan parlimen kali ini lebih mengutamakan mengehadkan masa ‘perbahasan dan penyertaan ahli parlimen dalam membawa isu-isu berkenaan Belanjawan 2021.
"Bagaimana untuk luluskan bajet kalau tak bagi ruang untuk debat atau pandangan? " soalnya.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan itu juga menegaskan bahawa masa empat jam diberi kepada 80 Ahli Parlimen untuk membincangkan isu 32 juta rakyat Malaysia dengan alasan penularan Covid-19 tidak masuk akal.
"Penjelasan menteri membaca teks untuk 20 minit tanpa perbahasan bukan prosedur parlimen yang normal. Setiap usul, jawapan dan penjelasan dari ahli parlimen harus diperbahaskan. Ini fungsi Parlimen yang sebenar," katanya lagi.
Speaker Dewan Rakyat Azizan Azhar Harun semalam memaklumkan setiap menteri hanya mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing.
Ketetapan baru itu mendapat bantahan ramai Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu ia ditarik balik.
BACA: Parlimen bukan tempat dengar kuliah menteri - Anwar
Sementara itu, Prabakaran menegaskan bahawa Dewan Rakyat adalah tempat yang selamat kerana semua langkah perlu pencegahan telah dilaksanakan.
"Mengikut penjelasan mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad di parlimen hari ini bahawa setiap kali seorang yang dijangkiti virus Covid-19 batuk, maka 3,000 titisan respiratory droplet dan jika mereka bersin 30,000 titisan droplet bersama jutaan partikel virus akan disemburkan. Ini menurut kajian Harvard Public Health Department.Parlimen tempat yang selamat - Prabakaran
"Dewan Rakyat sentiasa disanitasi sebelum persidangan, setiap ahli parlimen telah melalui ujian swab setiap dua minggu sekali. Apa perbezaan di antara bersidang untuk 4 jam atau 8 jam?" soalnya.
0 Comments