Najib soal siapa taja portal berita 'kaya raya'


KEWUJUDAN
sebuah portal berita yang disifatkan sebagai 'kaya raya' dipersoal bekas Presiden Umno, Najib Razak.

Melalui satu muatnaik di laman sosialnya, bekas perdana menteri itu mempersoal sumber kewangan portal itu yang tiba-tiba muncul ketika portal lain berdepan kesukaran untuk beroperasi di tengah-tengah krisis COVID-19.

“Ramai yang masih ingin tahu siapa funder MalaysiaNow yang kaya-raya sehingga portal ini mampu pacak billboard-billboard gergasi di merata tempat di Lembah Klang,” katanya.

Najib turut mengaitkan individu penting disebalik operasi portal tersebut dengan pemimpin termasuk dari Perikatan Nasional (PN).

Tambah Najib, ‘boss’ media ini yang juga ketua pengarang adalah adik kepada Latheefa Beebi Koya.

“Latheefa pula merupakan penyokong tegar Menteri Kanan paling Kanan sejak dulu-dulu lagi.

“Pengarang portal pula merupakan setiausaha akhbar kepada Mat Sabu,” katanya.

Najib sebelumnya mengulas satu artikel dari portal itu yang tiba-tiba mengeluarkan ‘berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan.

Najib persoal sumber kewangan portal terbabit
“Pagi ini, media MalaysiaNow yang amat kaya dengan duit entah dari mana sehingga mampu bermula operasi di tengah-tengah krisis Covid pada ketika media-media lain sedang tenat, tiba-tiba keluarkan “berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan,” tulis beliau di Facebooknya.

Post a Comment

0 Comments