Anggota PGA maut ditembak



SEORANG anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang besar, Perlis maut dipercayai ditembak awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dipetik laporan Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat,” katanya dipetik.

Seorang maut manakala seorang cedera
Dipetik laporan lain pula, anggota terkorban dikenali sebagai Baharuddin Ramli, sementara seorang rakan setugasnya, Norihan a/l Tari cedera sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.

Siasatan awal mendapati kejadian itu bermula apabila 2 anggota PGA terbabit sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian sebelum diserang 2 kumpulan, disyaki terdiri daripada warga tempatan dan asing yang sedang menjalankan aktiviti penyeludupan di sempadan.

Post a Comment

0 Comments