KETUA pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam satu hantaran di Facebook semalam.
“Esok saya akan membahaskan dengan lebih lanjut Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat pada jam 11 pagi, Insya- ALLAH,” katanya.
Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini bukan sahaja dikritik pemimpin pembangkang, namun mendapat komen kurang memberangsangkan dari ahli ekonomi.
Geoffrey Williams dari Universiti HELP melihat belanjawan itu gagal mengambil kira kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara, manakala bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula mendakwa Belanjawan tersebut gagal memenuhi 6 tuntutan penting diutarakan pembangkang kepada pihak kerajaan.
BACA: Putrajaya disifatkan gagal ambil kira kesan Covid-19
BACA: Belanjawan PN tak penuhi cadangan HARAPAN
Anwar melalui satu video pendek di laman Facebook beliau baru-baru ini turut mengkritik belanjawan itu yang menurutnya bukan Belanjawan yang dapat mampu membela golongan miskin atau berupaya memulihkan ekonomi negara.
Katanya, kerajaan gagal memberikan gambaran bagaimana langkah-langkah yang diambil dalam belanjawan mampu merangsang dan memacu kembali pertumbuhan ekonomi negara apabila Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia diperuntukkan lebih RM80 juta, manakala golongan miskin dan orang kurang upaya diberikan jumlah jauh lebih kecil.Anwar akan bahas belanjawan
BACA: Belanjawan 2021 penuh kelemahan - Anwar
Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin yassin dikecam natizen di media sosial gara-gara tindakan mereka cuba menghidupkan kembali JASA.
JASA yang dimansuhkan peranannya ketika era pemerintahan HARAPAN dianggap sebagai alat propaganda bagi mempertahan kuasa kerajaan.
0 Comments