409 pesakit Covid-19 sembuh hari ini


MALAYSIA
mencatatkan 589 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan keseluruhan kes positif berkaitan wabak itu setakat kini sebanyak 18,129 kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan seramai 409 pesakit sembuh dalam tempoh sama, menjadikan ia sebagai angka tertinggi direkodkan setakat kini.

Kes dengan kebolehjangkitan aktif setakat ini adalah sebanyak 5945 kes, kesemua mereka menurut Dr Noor Hisham telah diasingkan dan diberi rawatan dengan 103 kes di unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu, 31 memerlukan bantuan pernafasan.

Menyentuh mengenai kes baharu dicatatkan hari ini, Beliau berkata, sebanyak 586 adalah kes penularan tempatan.

Sabah melaporkan jumlah kes tertinggi dengan 304 kes, diikuti Selangor (150), dan Pulau Pinang (91).

409 pesakit sembuh hari ini
Kuala Lumpur melaporkan 9 kes manakala Putrajaya 1 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat 3 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, melibatkan wanita berusia 54 tahun dan 100 tahun, dan seorang lelaki 68 tahun.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 170 kes.

Post a Comment

0 Comments