Sogokan politik: AMK buat laporan terhadap Muhyiddin esok


SATU laporan polis terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dijadualkan akan difailkan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi jam 10 pagi esok.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha pengelola Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pusat, Chua Wei Kiat dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut ADUN Rawang itu, laporan itu berhubung dakwaan bahawa perdana menteri itu melakukan "sogokan politik" dengan menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada pemimpin tertentu yang dibangkitkan dalam surat pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah semalam.

"Kenyataan (Tengku Razaleigh) itu menyebut bahawa Perdana Menteri menawarkan jawatan GLC sebagai balasan bagi menyokongnya," katanya dipetik laporan portal berkenaan.
 
Razaleigh sebelum ini mendakwa Muhyiddin menawarkan jawatan penasihat Petronas, yang secara tradisi ditawarkan kepada bekas perdana menteri.

Melalui satu surat yang dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat, Beliau bagaimanapun telah menolak tawaran itu kerana bimbang dengan Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai 'hilang kelayakan keanggotaan Parlimen' jika memegang sesuatu jawatan berpendapatan.

Menurut Ahli politik senior itu, peruntukan dalam Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan itu bertujuan untuk mencegah ahli Parlimen daripada membuat sokongan atau mengundi menyokong kerajaan kerana "penyogokan politik".

Penyogokan politik: AMK mahu lapor polis
Justeru beliau turut menggesa speaker membenarkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin untuk dibahaskan.

Sebagai rekod, pentadbiran Muhyiddin dikritik kerana melantik ahli politik dalam GLC yang dipercayai untuk menguatkan pengaruh politiknya.
 
Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li sebelum ini dilapor mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah beberapa jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Seri Padukan bagi menunjukkan dokumen yang didakwa bukti beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen bagi mengambil semula mandat rakyat yang dirampas melalui 'Langkah Sheraton' sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments