SEORANG pemimpin Amanah mendedahkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan lebih dari mencukupi bagi dilantik sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Khalid Samad yang juga merupakan Pengarah Komunikasi parti itu dipetik wawancara video di Jom Channel berkata, Anwar memiliki 39 daripada KEADILAN, DAP (42) dan Amanah (11) selain 30 dari Umno.
“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili Amanah dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP Umno, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.
“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD.
“Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya,” jelas Khalid dipercayai merujuk pertemuan Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
Katanya, berdasarkan kiraan itu, ia menjadikan jumlah sokongan terhadap Anwar sebanyak 122, tidak termasuk ahli parlimen bebas yang memberikan SD kepada Anwar.Anwar cukup sokongan
Sebelum ini, Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum ini mengaku “ramai” ahli parlimen dari partinya menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru. Sebagai presiden, Zahid menghormati keputusan itu dan berkata tidak dapat menghalangnya.
Malaysia menyaksikan perubahan kerajaan buat pertama kali dalam tempoh lebih 60 tahun apabila Barisan Nasional (BN) ditumbangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.
Bagaimanapun, pentadbiran HARAPA hanya bertahan selama 22 bulan apabila Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan pada 29 Februari lalu melalui pengkhianatan beberapa bekas pemimpin HARAPAN dalam 'Langkah Sheraton'.
Anwar kemudian berjanji akan berusaha mengembalikan mandat rakyat yang dirampas, Pada Anwar 23 September lalu Anwar mengumumkan memiliki sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.
Manakala mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamid, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam membuat keputusan mengejutkan apabila berkata telag mereka bersedia untuk tidak meneruskan lagi hubungan bersama Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin wajar letak jawatan.
Sementara itu, Khalid ketika mengulas perkembangan politik berkaitan isu tersebut berkata, Muhyiddin sewajarnya meletakkan jawatan setelah mengambil maklum bahawa beliau telah hilang sokongan.
“Apa yang sepatutnya dibuat untuk memudahkan keadaan adalah Muhyiddin kena letak jawatan selepas tahu dia sudah hilang majoriti sebagaimana yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini selepas tahu dia sudah hilang majoriti apabila Bersatu keluar dari HARAPAN,” katanya lagi.
0 Comments