Tiga remaja maut, seorang kritikal lemas dalam kereta


TIGA
remaja maut manakala seorang kritikal selepas mereka lemas terhidu gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta bagi melepaskan lelah.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi disebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Samagagah, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, meninggal di tempat kejadian.

Manakala Ayuni Shazwanie Shabri, 21 dan Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal di hospital ketika diberi rawatan.

Nor Adilah meninggal dunia pada jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut, sementara kembar pasangan kembar seorang mangsa masih dirawat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kejadian berlaku ketika empat sahabat itu berhenti untuk berehat di stesen minyak berkenaan malam semalam.

"Siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta Honda Odyssey yang dipandu pasangan kembar berhenti dan parkir di stesen minyak itu pada jam 8.30 malam.

"Keempat-empat mereka keluar dari kereta untuk membeli makanan dan masuk semula ke dalam kereta," katanya.

Difahamkan, kejadian disedari bapa Ayuni Shazwanie yang menemui kereta mereka di lokasi kejadian seteelah mencari anaknya apabila remaja itu tidak pulang ke rumah selepas kali terakhir menghantar mesej kepada ibunya pada jam 9.15 malam.

"Bapa mangsa kemudian menghubungi petugas perubatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Semua mangsa berasal dari Sungai Petani dan Gurun, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang semalam sempena cuti Hari Malaysia.

Sementara itu, ibu saudara kepada salah seorang mangsa berkata, mereka berhenti di stesen minyak itu untuk berehat.

"Saya diberitahu mereka berhenti rehat di stesen minyak itu ketika dalam perjalanan pulang kerana rakan yang memandu kereta (kini kritikal) tidak sihat, pening kepala dan muntah," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments