PELUMBA Britain, Adam Yates (Mitchelton-Scott) merampas jersi kuning Tour de France pada pusingan ke-5 susulan kesalahan dilakukan pelumba pendahulu Julian Alaphilippe.
Pada peringkat sejauh 183 kilometer itu, Alaphilippe (Deceuninck-Quickstep ) dikenakan penalti selepas melanggar syarat perlumbaan.
Alaphilippe yang tiba di garisan perlumbaan di kedudukan ke-16 dikenakan pelanti 20 saat kerana mengambil bekalan pada jarak 20km terakhir perlumbaan.
yates yang berada di kedudukan 4 saat dibelakang pelumba Perancis itu kemudiannya dianugerahkan jersi kuning sebagai pendahulu perlumbaan.
"Tiada siapa mahu merampas jersi seperti ini," kata Yates selepas mengetahui perkara itu.
"Saya berada dalam bas dan baharu hendak ke hotel apabila saya dipanggil.
"Saya bertanya kepada Julian dan dia memberitahu dia dikenakan penalti masa," kata Yates.
Susulan kepitusan itu, Primož Roglič (Team Jumbo-Visma) kini berada di kedudukan kedua pendahulu kejuaraan dengan catatan masa 2 saat dibelakang Yates, manakala Tadej Pogacar (UAE Team Emirates) di kedudukan ketiga.
Sementara itu, perlumbaan peringkat ke-5 menyaksikan penguasaan pasukan Belanda, Jumbo-Visma apabila memenangi dua peringkat dalam masa dua hari.
Pelumba Belgium, Wout Van Aert yang mewakili Jumbo-Vista memenangi peringkat saingan itu dalam saingan sengit di penghujung garisan penamat.
Pelumba Ireland, Sam Bennett yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pula merampas jersi hijau daripada juara tujuh kali, Peter Sagan.
0 Comments