KETUA Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 23 kes baru berkaitan pendemik Covid-19 hari ini.
Menurutnya, sebanyak 13 kes yang semuanya adalah penularan tempatan dikesan di Sabah termasuk 8 dari kluster baharu, iaitu kluster Pulau.
10 kes lain yang dikesan merupakan kes import.
“Sepuluh kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 5 warga Malaysia dan 5 bukan warganegara. Mereka terdiri daripada warga Filipina, Hungary, Turki, Qatar, Bangladesh, Nigeria dan Maghribi.
“Daripada 13 kes penularan tempatan, 10 adalah warganegara dan 3 kes bukan warganegara.
"Semua penularan di Sabah iaitu 8 dari kes kluster Pulau, 4 dari kluster Benteng LD dan 1 kes saringan rujukan Hospital Semporna ke Hospital Tawau,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah kes positif direkodkan di negara ini kini adalah sebanyak 9,969 kes.
Sebanyak 6 kes dilapor sembuh hari ini menjadikan keseluruhan kes yang sembuh ialah sebanyak 9,209 kes (92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Jumlah kes yang sedang dirawat meningkat kepada 632 kes dengan 14 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat (4) daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Hari ini, tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 128.