Covid-19: Selangor kini zon hijau


SELANGOR kini di diletakkan dalam kategori hijau pendemik Covid-19 setelah semua daerah di Selangor semalam diistihar bebas dari penularan wabak itu.

Perkara itu diumumkan pasukan khas Selangor Task Force Covid-19 (STFC).

"Setelah 41 hari berturut-turut mengharungi debaran kes aktif di bawah angka 5, kini buat pertama kalinya Selangor direkodkan sebagai Negeri Zon Hijau.

"Syabas buat seluruh warga Selangor atas pencapaian ini!

"Tidak lupa juga para petugas kesihatan yang telah bertungkus lumus untuk 'menyembuhkan' Selangor daripada negeri paling teruk terkesan dengan COVID-19 kepada negeri zon hijau pada hari ini," kata pasukan itu melalui laman Facebook mereka.

Selangor kini zon hijau
Dalam pada itu, STFC turut mengingatkan penduduk Selangor agar sentiasa dapat terus mematuhi prodesur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menggelakan penularan wabak tersebut.

"Ingin ditekankan bahawa walaupun tiada kes aktif Covid-19 yang mempunyai kebolehjangkitan di Selangor, namun ini bukan bermakna kita boleh mengabaikan terus SOP serta pengamalan norma baru.

"Pada bila-bila masa, penularan tempatan boleh terbocor sekiranya kita bersikap cuai," katanya.

Untuk rekod, STFC ditubuhkan kerajaan negeri pada Mac lalu bagi memantau dan mengawas wabak itu.

Ia diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan dibantu empat individu profesional yang pernah bekerjasama dengannya di kementerian berkenaan sebelum ini selain wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Post a Comment

0 Comments