PRN Sabah: Populariti Muhyiddin tak beri impak besar


PERCUBAAN perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang melakukan beberapa siri lawatan ke Sabah bagi menarik undi rakyat negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat tidak memberi impak besar.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, rakyat di Sabah dilihat kurang tertarik kepada populariti Presiden Bersatu itu walaupun Muhyiddin berjaya mendapat sokongan rakyat di beberapa segmen di Semenanjung.

“Pengundi Sabah tidak menunjukkan reaksi ghairah kepada personaliti perdana menteri yang dipotretkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), (sebaliknya) mereka lebih tertarik kepada mauduk tempatan.

“Kehadiran pemimpin Semenanjung ke kawasan pengundi Bumiputera Sabah pula bukan sahaja tidak memberi pulangan berbaloi, bahkan berisiko menghasilkan ‘backfire’ kepada parti yang dibantu," kata Mohd Yusri menerusi hantaran Facebooknya.

Mengulas lanjut, Yusri turut mengakui bahawa isu-isu nasional tidak banyak menarik minat pengundi.

Dr Mohd Yusri Ibrahim
Keadaan politik di Sabah jelasnya sedikit berbeza dengan apa yang berlaku di tempat lain.

“Inilah menariknya politik Sabah, inilah yang menguji minda kami penyelidik lapangan ke tahap maksimum, semua elemen perlu diteliti dengan sangat meluas dan mendalam,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments